"Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu mendatar dan ditaburi bunga, melainkan adakalanya disirami dengan air mata dan juga darah "- HAMKA

Monday, May 10, 2010

you are our inspiration


10MEI1950~ lahirlah seorang insan yang amat bermakna buat kami adik beradik. tanpa beliau di sisi, tidak mungkin untuk kami mengecapi apa yang telah kami perolehi pada hari ini. beliau adalah sumber kekuatan~ ketegasannya memanusiakan kami dalam menjadikan kami seorang insan.. seorang hamba YANG MAHA PENCIPTA~

10MEI2010~ genaplah 60 tahun umur beliau.. berkorban untuk memberi yang terbaik kepada anak2 nya.. berpenat lelah membanting tulang buat kami sepuluh beradik.. prinsipnya~ selagi terdaya, selagi kudrat masih diberi YANG MAHA PEMBERI.. akan diutamakan pendidikan buat anak2 baik pendidikan rohani mahupun jasmani.. baik duniawi mahupun ukhrawi.. itulah beliau~ BAPAK kami~

BAPAK~ kata2 bapak.. nasihat bapak~ amat bermakna buat kami.. sungguh, dalam marah bapak, terserlah kasih sayang bapak.. dalam tegas bapak, ada rasa ingin melindungi di hati bapak~ mungkin kadang2 kami adik beradik, terlepas pandang itu semua.. mungkin ada kala kami mengabaikan kehadiran bapak lantaran sibuk di dunia masing2.. tetapi, sungguh bapak inspirasi kami~

BAPAK~ sungguh tak terlafaz dengan hanya sekadar kata-kata, tak tertulis dengan nukilan tulisan2, tak tergambar dengan segala macam gambaran~ begitu besar jasa bapak.. begitu banyak pengorbanan bapak.. begitu tekun bapak bekerja.. begitu kuat bapak berusaha.. ada kala perkataan rehat tidak kelihatan dalam kamus hidup bapak.. sungguh! kami mengagumi itu semua.. segala macam pekerjaaan yang bapak lakukan,, asalkan halal di sisiNya.. keutamaan bapak anak isteri..

YA ALLAH.. terima kasih kerana mengurniakan kami seorang bapak yang cekal..seorang bapak yang sungguh istimewa.. YA ALLAH..kau peliharalah kedua orang tuaku..kau berkatilah hidupnya..kau tempatkanlah mereka bersama para sobirin YA ALLAH..amin..

SELAMAT HARI LAHIR BAPAK.. MOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI.. MOGA DALAM RAHMAT ALLAH SELALU.. MOGA SENTIASA SEHAT HENDAKNYE..INSYAALLAH

lagu yang sungguh bermakna untuk bapak~
HJ RAMLI B. HJ JILANI :)

ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

(kredit to aeman/ayah)

*******************************************************************************
ok.. tak lupa juga.. untuk sicomel.. ALYA SAFIAH BT AIDIL AZIZI..
*hari lahir sama dengan mbah lanang..hehe
*10 mei ..
* moga menjadi seorang anak solehah..
*pelajar cemerlang akademik dan sahsiah
*menjadi hamba yang taat.. i.allah










*doakan sgala urusan iyah kat sini dipermudahkan..
dpt arahan dari pihak atasan, exam final delay sebulan
dan kami dapat berita cuti summer pun kurang sebulan..
i.allah bil khair..












1 comments:

your brothers n sisters said...

(amin ya allah..) sory lmbat ckit bg respon.. cm ner exam?? mst ok kan.. adik abg2 n kkak2 nie kn pandai, cerdik n plig comel.. ktorg yakin iyah boleh wat yg terbaik n tk de impian yg mustahil untuk dicapai lau berusaha n dikuatkan dengan taqwa n tawakal.. insyallah.. cayok2 bete..