"Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu mendatar dan ditaburi bunga, melainkan adakalanya disirami dengan air mata dan juga darah "- HAMKA

Monday, May 31, 2010

AYAHDA BERTANYA....??/

Apakah Hukum Bermain Muzik ?

Sejarah Muzik:

Muzik dalam bentuk falsafah dan ilmu muzik menurut kajian ilmiahnya berasal dari zaman Pythagoras (Yunani), tetapi yang mencipta note-note lagu ialah hasil dari sarjana Islam sendiri, yang paling awal iaitu Abu Yusof al-Kindi (meninggal 873M). Selepas itu mucullah Abu Nasr Muhammad al-Farabi (wafat 950 M) dan dia digelar sebagai tokoh muzik dunia dengan menghasilkan banyak tulisan agung dalam seni muzik. Di antaranya:

-Kitab alMuziqi alKabir (kitab Muzik Agung)
-Kitab alIlmu alMuziqi (kitab ilmu Muzik)
-Kitab alMadkhal fi Ta'alim alMuziqi (kitab pengantar ilmu Muzik)
-Kitab fi Ihsa' alIqa' (kitab keseimbangan Nada harmoni)
-Kalam Lahu fi alNaqrah Mudafa ila alIqa' (Seputar keseimbangan paluan gendang, biola dan keseimbangan Nada harmoni) dll.

Al-Farabi juga telah mencipta alat muzik antaranya rabab dan qanun. Selepas itu muzik dikembangkan lagi oleh Ibn Sina (pakar perubatan) dan ini boleh dilihat di dalam karya Ibn Sina spt asy-Syifa' dan anNajat.

Guru Muzik Islam selepas itu ialah Abu al-Faraj Isfahani (dia mencipta lebih dari 100 irama lagu). Selepas itu musik dikembangkan lagi oleh Ibn Rusyd, Ibn Bajjah, dll. Seperti juga falsafah dan tasawwuf, ilmu muzik tidak berjalan dgn aman dalam sejarah Islam. Ia menerima tentangan yg hebat. Hingga muncullah al-Ghazali menjinakkan aliran falsafah, tasawwuf dan musik dan mempertemukan dua aliran yg membenci musik-tasawwuf-falsafah dan golongan yg memujanya. Hasil dari tulisan al-Ghazali dalam al-Ihya' Ulumiddin menyebabkan tasawwur (pandangan umum) masyarakat kembali tenang dgn perkembangan tasawuf, falsafah dan muzik. (Ruj: Abbas Mahmud, alFarabi, Darul Kutub alArabiyah, 1944; Dr Omar Amin Hussin, Filsafah Islam, Bulan Bintang Jakarta 1975)


Hukum bermain alat muzik?

Seni musik dan nyanyian menurut hukum asalnya adalah HARUS kerana ia adalah fitrah manusia yg sukakan keindahan dan hiburan. Keharusan seni musik dan suara bertukar menjadi makruh, atau haram jika berubah perkara-perkara berikut:

a. isi, senikata, lirik, dan motif yg tidak bertentangan dgn adab dan susila Islam
b. Cara penyampaian, apakah ia menyuburkan syahwat dan ciri-ciri seksualiti dan yg diharamkan
c. Suasana (iklim) semasa ia disampaikan
d. Sederhana (tidak berlebihan dan melampaui) dalam menyintai seni muzik dan seni suara.
e. Uruf pendengar adalah sebaik-baik hakim.

Pendapat Qardhawi ini sebenarnya juga pendapat fuqaha' yg lebih awal, antaranya Hujjatul Islam dan Imam alGhazali ra dalam kitab asSima' min Ihya': juga Fatawa Syaikhul al-Azhar Mahmood Syaltut ( alFatawa Syaltut, cet 1960, Cairo) yg merumuskan:

a. Seni musik dan seni suara adalah sama hukumnya dgn memenuhi keperluan pancaindera yg lain seperti makanan yg lazat dan pemandangan yg indah
b. Islam menetapkan kesederhanaan dalam semua termasuk menghayati seni musik dan seni suara.
c. Fuqaha' terdahulu telah membenarkan seni musik dan seni suara bila ada tujuan yg sesuai dan menasabah dan menegahnya bila ada unsur luaran yg tidak Islamik.
d. Seni Musik dan suara semuanya tertakluk dibawah kelulusan Ilahi yg bersifat umum yg diisytiharkan dalam surah al_A'raf: 32.
Itulah gambaran umum musik dan seni suara secara umum.


Alat muzik bertali (gitar dsb) dan yang ditiup(seruling dsb) adalah tidak boleh? Betulkah begitu...? Jika ya, apa dalilnya?



Mengikut pentarjih (penganalisa dalil dan madzhab) al-Qardhawi, nas-nas hadis yg mengatakan haram peralatan musik tertentu spt seruling atau bertali itu adalah tidak sahih atau ada kecacatannya. Ini juga berdasarkan pendapat al-Ghazali dalam kitab asSima' min Ihya' Ulumuddin. Peralatan musik adalah semata-mata alat, misalnya gelas adalah alat jika digunakan untuk meminum khamar atau susu. Kereta adalah alat boleh digunakan untuk merompak atau kenderaan utk pergi kerja saban hari. Maka begitulah alat-alat muzik boleh diguna untuk kejahatan atau kebaikan.

Antara hadis-hadis yg ada kecacatan ialah:
1) HR Bukhari dari Abu Malik ra," Akan ada segolongan dari umatku yg akan menghalalkan zina, sutera, arak dan alat muzik."
status Hadis: walaupun ia sahih Bukhari, tapi ia mudhtarib (bersimpang siur rawinya) dan mu'allaq (sanadnya terputus). Pengkritik hadis yg berpendapat demikian ialah Imam Ahmad, Abu Daud, Ibn Hazm, Abu Hatim, alHafeedz azZahabi dan alHafeedz Ibn Hajar Asqalani.
Kalimah mu'adzif dalam hadis di atas tidak disepakati sebagai bermaksud alat musik.

2) HR Imam Hadis yg berempat,"setiap permainan yg dilakukan oleh seorang muslim itu adalah kebatilan kecuali sendagurai suami-isteri, melatih kuda dan memanah."
alHafeedz alIraqi: statusnya Mudhtarib juga

3) Dari Aisyah ra,"Sesungguhnya Allah mengharamkan biduanita (hamba perempuan), menjual-belinya, menghargai dan mengajarinya." Ibn Hazm (alMuhalla) hadis dha'eef

4) HR Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, dari Nafi' bahawa Ibn Umar ra meriwayatkan bahawa Nabi saw menutup telinganya jika terdengar tiupan seruling pengembara (gembala).


Fatwa Kedah pernah mengharamkan permainanan alat muzik bertali. Tetapi fatwa itu telah ditarik-balik. Fatwa terkini dari Fatwa Kedah adalah harus dan haram sekiranya dicampuri dengan maksiat atau melalaikan kita daripada beribadah kepada Allah dan menunaikan kewajipan-Nya.

Bagaimana pula hukumnya dengan alat-alat muzik lain yang bunyinya lebih kurang sama dengan kedua-dua jenis alat muzik tersebut seperti keyboard yang bagaimana kita tahu boleh mengeluarkan bunyi yang berbagai jenis termasuklah kedua-dua alat muzik tersebut?

Dr alImam Prof Yusof alQardhawi berpendapat hadis-hadis yg berkaitan haramnya alat musik tertentu kesemuanya tidak terlepas dari kecacatan. Ini kerana isu musik mula dibahaskan di zaman sahabat dan tabi'in. Maka hukum alat musik (baik dari alat atau penghasilan komputer) itu HARUS dan keharusannya bergantung kepada penggunaannya. Kecualilah alat musik itu menjadi lambang kefasikan dan dinisbahkan kpd agama tertentu menurut pandangan uruf (budaya setempat). Qaradawi, Mujtama' Islami allazi nansyuduhuu.

Sunday, May 30, 2010

الأسرة رملي و فاطمة: Maher Zain - Open Your Eyes - ماهر زين

الأسرة رملي و فاطمة: Maher Zain - Open Your Eyes - ماهر زين

Maher Zain - Open Your Eyes - ماهر زين

Monday, May 10, 2010

you are our inspiration


10MEI1950~ lahirlah seorang insan yang amat bermakna buat kami adik beradik. tanpa beliau di sisi, tidak mungkin untuk kami mengecapi apa yang telah kami perolehi pada hari ini. beliau adalah sumber kekuatan~ ketegasannya memanusiakan kami dalam menjadikan kami seorang insan.. seorang hamba YANG MAHA PENCIPTA~

10MEI2010~ genaplah 60 tahun umur beliau.. berkorban untuk memberi yang terbaik kepada anak2 nya.. berpenat lelah membanting tulang buat kami sepuluh beradik.. prinsipnya~ selagi terdaya, selagi kudrat masih diberi YANG MAHA PEMBERI.. akan diutamakan pendidikan buat anak2 baik pendidikan rohani mahupun jasmani.. baik duniawi mahupun ukhrawi.. itulah beliau~ BAPAK kami~

BAPAK~ kata2 bapak.. nasihat bapak~ amat bermakna buat kami.. sungguh, dalam marah bapak, terserlah kasih sayang bapak.. dalam tegas bapak, ada rasa ingin melindungi di hati bapak~ mungkin kadang2 kami adik beradik, terlepas pandang itu semua.. mungkin ada kala kami mengabaikan kehadiran bapak lantaran sibuk di dunia masing2.. tetapi, sungguh bapak inspirasi kami~

BAPAK~ sungguh tak terlafaz dengan hanya sekadar kata-kata, tak tertulis dengan nukilan tulisan2, tak tergambar dengan segala macam gambaran~ begitu besar jasa bapak.. begitu banyak pengorbanan bapak.. begitu tekun bapak bekerja.. begitu kuat bapak berusaha.. ada kala perkataan rehat tidak kelihatan dalam kamus hidup bapak.. sungguh! kami mengagumi itu semua.. segala macam pekerjaaan yang bapak lakukan,, asalkan halal di sisiNya.. keutamaan bapak anak isteri..

YA ALLAH.. terima kasih kerana mengurniakan kami seorang bapak yang cekal..seorang bapak yang sungguh istimewa.. YA ALLAH..kau peliharalah kedua orang tuaku..kau berkatilah hidupnya..kau tempatkanlah mereka bersama para sobirin YA ALLAH..amin..

SELAMAT HARI LAHIR BAPAK.. MOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI.. MOGA DALAM RAHMAT ALLAH SELALU.. MOGA SENTIASA SEHAT HENDAKNYE..INSYAALLAH

lagu yang sungguh bermakna untuk bapak~
HJ RAMLI B. HJ JILANI :)

ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

(kredit to aeman/ayah)

*******************************************************************************
ok.. tak lupa juga.. untuk sicomel.. ALYA SAFIAH BT AIDIL AZIZI..
*hari lahir sama dengan mbah lanang..hehe
*10 mei ..
* moga menjadi seorang anak solehah..
*pelajar cemerlang akademik dan sahsiah
*menjadi hamba yang taat.. i.allah










*doakan sgala urusan iyah kat sini dipermudahkan..
dpt arahan dari pihak atasan, exam final delay sebulan
dan kami dapat berita cuti summer pun kurang sebulan..
i.allah bil khair..












Sunday, May 9, 2010

here goes OUR MOTHER


Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay right close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother

*tgh stdy..then terdengar lagu ni.. so i would like to dedicate this lovely song for our lovely and sweety MAK~

nothing but something buat MAK


buat bonda tercinta.. SITI FATIMAH BINTI MAT SARIN..
  • 9 MEI..semua orang sibuk mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat ibu mereka. Jadi anak-anak MAK yang sepuluh orang ni pun nak ucapkan SELAMAT HARI MAK buat MAK kami yang sangat istimewa.
  • MAK walaupun 9MEI merupakan HARI IBU tapi bagi kami setiap hari adalah hari ibu.. setiap hari kami akan cuba buat yang terbaik untuk membahagiakan MAK. InsyaALLAH.
  • MAK~ kami tahu..kadang-kadang tutur kata kami, tingkah laku kami, acap kali mengguris hati MAK.. Tapi MAK sabar, MAK kuat melayan kerenah kami sepuluh beradik.. Jadi, kami menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf dari MAK.. MAK, maafkan kami.. kami insan lemah, tak lepas dari berbuat khilaf..
  • MAK.. lumrah manusia, tidak menghargai sesuatu yang ada bersama kita, tapi bila berjauhan baru terasa bermaknanya kehadiran seorang MAK.. begitulah perasaan anak-anak MAK yang merindui MAK..
  • MAK, sungguh bertuah kami anak-anak MAK dikurniakan ALLAH seorang MAK sebagai tempat menumpang kasih.. masakan MAK, pelukan MAK, kata-kata MAK,nasihat MAK, marah MAK, suruhan MAK, ciuman MAK..sungguh dengan itu semua sakit demam kami terubat, resah gelisah hati kami hilang, rasa keseorangan tatkala diuji yang MAHA KUASA juga lenyap dengan adanya MAK di sisi..
  • begitu bermaknanya kehadiran MAK dalam hidup kami anak-anak MAK.. sungguh kami semua amat menyanjungi dan menyayangi MAK..
  • YA ALLAH, KAU kasihanilah..KAU perihalah kedua-dua ibu bapaku sepertimana mereka mengasihi kami sewaktu kecil kami~ KAU berikanlah mereka anak-anak yang soleh dan solehah sebagai penyejuk hati mereka~ andai dunia bukan tempat kami, kau pertemukanlah dan satukanlah kami di JANNAH-MU yang MAHA LUAS~ sungguh KAU lah yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PEMBERI..amin ya RAbb

( tinta penulis :) mak..iyah rindu mak.rindu nak peluk cium mak , nak ucap selamat hari ibu buat mak..saaaaayang MAK!)